Assalamualaikum wbt..
Hari ni nak cerita pasal KESAN KEKURANGAN
PROTEIN pulak. Ye lah, protein ni kan building blocks untuk tubuh, juga
membekalkan asid amino yang penting untuk fungsi sistem, hormon dan enzim dalam
badan. Jadi, pastinya pengambilan protein yang tidak mencukupi, terutama bagi
pengamal diet vegetarian akan mendatangkan kesan negatif pada tubuh..
Jadi apakah
simptom atau pun tanda-tanda kurang protein dalam diet?
1. Oedema – pembengkakan disebabkan oleh pengumpulan air dalam badan. Ini kerana
protein membantu menyeimbangan kandungan air dalam badan, dan kekurangan
protein boleh menyebabkan berlakunya penyimpanan air yang tidak seimbang.
2. Turun
berat badan. Ini bukanlah penurunan berat badan yang sihat.
Ini kerana sel tubuh memerlukan protein. Apabila sumber protein tidak mencukupi,
maka badan akan memecahkan protein dari otot untuk digunakan. Maka kita akan
kehilangan otot-otot tubuh sekaligus menurunkan berat badan.
3. Rambut
rosak, menipis, bercabang dan akhirnya botak. Ini juga
antara kesan kekurangan protein. Kerana rambut dibuat daripada protein. Takde
protein –> TAKDE RAMBUT!!
4. Koilonychia ataupun spoon-shaped
nail juga boleh menjadi antara tanda kekurangan protein. Walaupun biasanya
tanda ini adalah normal dikalangan kanak-kanak.
5. Protein juga penting untuk mencerna zat besi bagi menghasilkan sel darah merah. Tambahan pula, kebanyakan makanan
yang mengandungi protein juga mengandungi Vitamin B12 yang juga penting untuk
penghasilan sel darah merah. Jadi kekurangan protein boleh menyebabkan anaemia
– kurang darah merah.
Antara tanda awal anaemia adalah keletihan, kulit pucat, jantung berdebar dan pening kepala. Nanti kita cerita tentang anaemia secara detail. Kena tunggu ilham sampai dulu. heheh.
Antara tanda awal anaemia adalah keletihan, kulit pucat, jantung berdebar dan pening kepala. Nanti kita cerita tentang anaemia secara detail. Kena tunggu ilham sampai dulu. heheh.
6. Selain diabetes, antara punca luka lambat sembuh adalah kerana
kekurangan protein. Ini kerana kita memerlukan asid amino yang cukup untuk
proses baik pulih luka.
7. Kulit juga berasaskan
protein, jadi bila kita kurang protein, kulit juga akan terkesan, dan kita akan
lebih mudah mendapat masalah kulit seperti eczema, ruam, kulit kering.
8. Kekurangan sesetengah amino asid juga boleh mengurangkan hormon
serotonin. Bila kurang serotonin, kita boleh mendapat masalah sukar tidur, atau
tidur yang kurang nyenyak.
Sebenarnya, kebanyakan masalah kekurangan protein
ini lebih ketara di kalangan pengamal diet vegetarian, berbanding mereka yang
mengamalkan diet biasa. Jadi adalah penting untuk kita memastikan pengambilan protein
yang cukup untuk kesihatan.



No comments:
Post a Comment